.Do You Like Art.Music.Cat.

Thursday, September 22, 2011

Pencuri Seni





Oktober 2010, saya menyerahkan 4 design kepada Applered Tshirt untuk dimasukkan dalam katalog mereka. Sehingga kini hampir 1200 unit tshirt dari design saya terjual di Matrikulasi dan Universiti di Malaysia.


Isnin lepas, saya terlihat salah satu design milik saya di laman sosial Facebook. Seorang lelaki mendakwa design itu milik dia. Lelaki tu saya percaya seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Johor mengambil design saya iaitu design "Real Friend" tanpa kebenaran. Dia mengupah syarikat Tshirt lain untuk mengubah sedikit pada design tersebut. 
 Klik untuk imej lebih besar

Saya menghubungi Syarikat tersebut. 

Menurut Syarikat Tshirt yang diupahnya, mereka tidak tahu menahu tentang design yang lelaki itu mendakwa milik dia. Syarikat itu hanya menerima tugas dari customer mereka sahaja. Dan paling menyedihkan, lelaki itu sudah pun menempah dan menerima 40 sweater yang diprint dengan design milik saya, sejak Febuari 2011, itu pun tanpa kebenaran saya!

Applered Tshirt pun perlu bayar royalti kepada saya untuk setiap unit design saya yang terjual. Ini kan pula orang yang mengambil design saya tanpa kebenaran dan mengupah orang lain mengubah untuk mereka. Sangat menyedihkan! Tiada langsung ke kesedaran tentang harta intelek orang lain? Walaupun anda mungkin membeli doodles dari saya seperti kad, kasut, beg, atau pun kotak. Anda tidak boleh scan untuk kegunaan lain seperti scan untuk print atas bisnes kad atau print atas tshirt. Itu dah harga lain. Sama macam lelaki yang mencuri design saya, dia mungkin search design sy di google atau scan semula design saya dari tshirt yang dibelinya, dan kemudian print di atas 40 sweater. Itu sebenarnya jenayah!

Menurut saya, Syarikat itu tidak bersalah pun sebab mereka cuma membuat ikut pesanan customer. Yang patut bertanggungjawab ialah lelaki tersebut. Saya dah menghantar pesanan di Facebook lelaki tersebut untuk meminta dia menjelaskan hal sebenar, saya masih memberi peluang kepada orang itu, tapi sehingga kini dia tidak memberi respon.


27 pep.:

mangosteenskin said... [Response]

Aduh, inilah masalahnya, orang selalunya berfikiran kalau guna tanpa kebenaran tak mengapa, dia bukan kenal designer sebenar dan designer sebenar pun tak kenal dia! Orang selalu tak hormat harta intelek orang lain, ada yang kata idea itu datangnya daripada Allah...bukan hak mutlak artis itu sendiri! Jadi? orang yang tanam pisang, bolehlah orang lain suka2 datang petik bila dah masak ya? Kalau bukan izin Allah pisang tupun tak tumbuh jugak kan.

Affan said... [Response]

Pantang betul kalau orang ambil hak orang lain tanpa kebenaran, kemudian buat duit pulak dgn hak yang diambil tu.


ps: btw, design2 yang dihasilkan sangat menarik. teruskan berkarya! :)

Ayeem Jemain said... [Response]

bila halal haram dah tak dipedulikan, macam ni lah jadinya. settle kat akhirat je lah.

Shitah Eizma said... [Response]

sabar ye akak. kami sokong akak !
all the best akak :)

Emila Yusof said... [Response]

jahatnya dia!! cuba kontek lagi, kalau tak dapat, hantar surat lawyer.

Jue AbdRahman said... [Response]

saba ek Azah, harap2 dia sedar yg dia dh curik hasil kerja org lain, dan hasil yg dia dpt tu haram !

miss fliffy angel said... [Response]

sungguh tak beradap ! geram u do right.. harap sila ambil perhatian kepada si anu bin anu huhu, semoga dpt kembali hak ini

Fina Fento said... [Response]

jahat betul. tak malu ke curi hasil kerja orang mengaku sendiri punya.

Dorky Guy said... [Response]

ini perkara biasa bagi seorang designer.. selalu kena curi// T_T

Muhammad said... [Response]

samalah kitaaaa....huhuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhuhuhuuhuh

:-(

cik marikh said... [Response]

orng yg mengambil/curik tu pon, x de prasaan gamaknye...

rebinabiru said... [Response]

salam cik azah..
Susah jgk eh utk bernukilan ni eh? sume benda ada je org yg ciplak ciptaan kita..
Kekalkan semangat utk berkarya..saya suka karya cik azah

merahitujambu said... [Response]

cool sgt design

Azah Skaliskala said... [Response]

Terima kasih banyak2 kat kak mango, Affan, Ayeem, Shitah, Kak Emi, Jue, Fliffy, Fina, Dorky, Muhammad, Cik Marikh, Rebina Biru dan Merahitujambu.

Terasa amat bengang bila orang ambil macam tu je design yang kite penat2 buat. Kalau ikut hati mahu je sy doodle muke lelaki tersebut. huhu.. Still lagi bagi peluang pada lelaki itu untuk memberi penjelasan. kalau takde jugak, patut kah saya mendedahkan identiti lelaki tersebut?

idea semulajadi said... [Response]

saya rasa dia xsedar ape yg dia wat tu slah kot~ dia search then terjumpa lalu berkenan untuk jadikan gambar utk design dorg~
budak matriks baru keluar dari sekolah~
dia mungkin x tahu prosedur sebenar~ dia mungkin ingat ape yang dia lakukan tu x memudaratkan orang lain.
lepas tu bila kite mintak penjelasan, dia mungkin jadi takut sebab dia xpernah alami keadaan gni~
saya rasa pergi la cari budak tu kat matrik dia,
dapat number pun jadi la~
bincang elok2 cane nak selesaikan perkara ni~

The Sharkox said... [Response]

dedahkan saja..hehe

Azah Skaliskala said... [Response]

@idea semulajadi

Thanks Idea Semulajadi.
Saya tak terus tanye dia curi design itu. Saya hanya bertanyakan design itu dia punya ke? then few days later dia xapply. I think maybe takde internet.

Then saya rase saya perlu write about it. without state his name. Sebab saya harus perjuangkan hak saya. It happen to my friend too, 14 years old boy stole his art, siap buat blog letak art my friend tapi claim dia punye. Bila dia tanya budak itu, budak itu just walkaway like nothing happen.

design ni actually saya tak pernah reveal kt internet. I probably think he scan from tshirt. or from small catalog. Ia juga satu usaha dari budak ini bila dia menyuruh orang lain menukar2 warna dan perkataan pada design di atas. Dan he claimed in picture up there "Ini design terbaru ktorang"

Kesian ada, geram pun ada.

Atien Dyana said... [Response]

cikg azah, srry bru baca.. sgt teruk.. ada apa2 cara x utk setelkn? bnda ni setakat msg kat fb mmg xde hrpn.. kena involve authority bru diaorg xwat lg..

Azah Skaliskala said... [Response]

@Atien Dyana

baru kontek his friend pulak. Kalau dah xtau nak bertanggungjawab, rasa mau cubit je. geram2..

Pikir juga mau libatkan pihak berkuasa, tapi masih bagi peluang lagi kt budak tu untuk apologize, settlekan tanpa perlu orang ke3.

Dewi Isn said... [Response]

Sabar..semua pasti ada hikmahnya,mudah-mudahan laki2 tersebut dapat balesan setimpal.:)

Aujinz said... [Response]

Benci betul kalau hasil karya kita kena ciplak nie..

Muhammad said... [Response]

cik azah-Memang sakit hati.Bila fikir-fikirkan,benda semua ini.Me dah 2-3 kali kena.Ada sekali tu,me penat lah lukis2.Tiba-tiba,tau2 dah dicetak dalam satu risalah.Me pergi lah serang,yang tukang cetak tu.Tau dia cakap apa ??

"Eh ini,saya yang lukis".Ya allah,tuhan saja yang tahu perasaan ini.Bila dia cakap macam tu.Macam kita pulak yang salah.

Sejak dari hati tu,me cuma buat artwork utk blog saja.Tak pernah print-jual-ataupun di keluarkan dalam media yang berbeza.Jika ada orang,yang nak rembat jugak.Me doakan,selamatlah ko dunia dan akhirat. :-) Makanlah rejeki,dari usaha dan titik peluh orang lain.Mmmg berkatlah.

Syat0za Zai said... [Response]

adehh, memang sakit ati gila bila jadi camni =="

Azah Skaliskala said... [Response]

@Dewi Isn

Terima kasih Dewi Isn :)

Azah Skaliskala said... [Response]

@Aujinz

menci..menci huhu

Azah Skaliskala said... [Response]

@Muhammad

Kesian juga kat encik Muhammad. Susah kalau orang memang xmalu camtu. Guna authority, hantar lawyer mungkin baru orang tu tau nak takut sikit.

Azah Skaliskala said... [Response]

@Syat0za Zai

Ye, memang sakit hati bila baarang kita dicuri macam tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails